Dengan nama Allah swt yang Maha
Pengasih dan Maha Penyayang.
Saya diminta oleh Pengarah ProKAM
4 untuk menulis serba-sedikit tentang ProKAM edisi pertama yang dijalankan oleh
saya dan sahabat-sahabat perjuangan pada tahun 2010. Sejujurnya, banyak ‘revision’ yang perlu saya lakukan
sebelum kembali menulis dan menunaikan permintaan ini. Semoga penulisan kali
ini bermanfaat.
Sejarah Tercetusnya Idea ProKAM
Sejarah penubuhan idea ProKAM sangat
istimewa pada saya. Sebenarnya, program-program pengisian di dalam ProKAM itu
sendiri bukanlah idea baru untuk UPG. Ianya sekadar dibarukan dari segi ‘branding’ yang baru sekaligus membawa
pengenalan kepada sistem pengurusan program yang lebih jelas matlamat, teratur
dan berskala besar, berbeza daripada program-program UPG sebelumnya.
Sebelum kewujudan ProKAM, UPG
telah biasa menjalankan program-program kebajikan seperti program kebajikan
bersama anak-anak yatim, motivasi bersama pelajar juvana (khususnya STB),
motivasi bersama pelajar sekolah serta program-program kemasyarakatan yang
lain. Namun, kebanyakan program yang dijalankan ini tidaklah berskala besar.
Cukup sekadar program satu atau dua hari.
Tercetusnya idea saya untuk
melahirkan satu program ‘baru’ adalah apabila saya melihat wujud peluang untuk
bekerjasama dengan pihak Jabatan Kerajaan Negeri Melaka hasil hubungan baik
yang wujud antara pihak UPG dan pihak kerajaan negeri Melaka ketika itu.
Belakang Tabir ProKAM 2010
Perancangan, penyusunan idea
serta persediaan kertas kerja awalan hanya melibatkan tiga(3) individu iaitu
saya (ketika itu President UPG), Saudara Shahmi (ketika itu Vice President 1) serta
Saudari Nadia Aminah (ketika itu Setiausaha 1). Saya sekadar membentangkan idea
perancangan saya kepada mereka secara am. Selebihnya, mereka yang mencantikkan
semuanya. Ketika itu, saya tiada idea apakah nama program yang sesuai, seberapa
besar penglibatan pelajar MMU yang boleh diperolehi, juga kurang jelas dari
sudut bajet kewangan yang diperlukan. Cuma, dari pandangan saya, saya yakin
ianya boleh realisasikan.
Mengapa dan Kenapa?
Pasti ada yang tertanya-tanya,
mengapa penglibatan dalam persiapan kertas kerja hanya melibatkan kami bertiga,
bukan? Kenapa mesti Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan juga yang terlibat?
Tiada wakil lain kah? Atau kami gila kuasa? Atau kami tidak percayakan orang
lain?
Saya punyai jawapan kepada
tiap-tiap persoalan di atas. Secara ringkasnya:
·
Ketika itu, UPG telah pun mempunyai Masterplan
yang menyenaraikan program-program yang akan dijalankan UPG untuk sesi
2009/2010 dan masing-masing sedang berusaha merealisasikan setiap program yang
dirancangkan. Justeru saya mengambil
keputusan untuk tidak membebankan mana-mana division
dengan penambahan program yang ‘tiba-tiba’ wujud ini (ProKAM tidak wujud ketika
perbincangan dan pembentangan Masterplan).
·
Saya melantik Saudara Shahmi sebagai Penolong
Pengarah, sesuai dengan port-folio beliau ketika itu sebagai VP1 yang
menguruskan perihal Faciteam manakala Saudari Nadia juga saya lantik sebagai
Setiausaha Program agar mudah saya menguruskan program ini sekaligus
menguruskan UPG dalam masa sama. Bendahari ProKAM, Saudari Zawani juga
merupakan Bendahari UPG ketika itu.
·
Pengurusan UPG secara keseluruhan berjalan
seiring dengan pengurusan ProKAM pada waktu itu. Jelas, ini bukan soal gila
kuasa atau tidak percayakan orang lain, tetapi ia semata-mata untuk kelancaran
program dan kebaikan persatuan seluruhnya.
Jujur, ianya bukan sesuatu yang
mudah untuk kami tetapi keserasian dan kesepakatan kami dalam bekerja
melancarkan semuanya.
Nama ‘ProKAM’ - Ilham Siapa?
Nama ‘Program Kecemerlangan
Anak-anak Melaka’ itu sendiri diilhamkan oleh Saudara Shahmi dan Saudari Nadia,
dan seingat saya, ‘ProKAM’ itu sendiri diilhamkan oleh Saudari Nadia. Seperti
yang saya katakan di atas, saya sekadar punyai idea secara am dan
membentangkannya, dan dalam kebanyakan waktu saya percaya bahawa idea-idea
mereka memantapkan semuanya kerana mereka lebih banyak pengalaman dalam
berprogram ketika itu berbanding diri saya.
Program-program di bawah ProKAM
ProKAM ketika itu mempunyai 4 pengisian
program di dalamnya:
·
Pertama, Program Induksi Fasilitator, yang
dirangka untuk memberikan asas kefasilitatoran yang baik kepada pelajar-pelajar
MMU yang secara sukarela ingin menyumbang tenaga dan bakti kepada masyarakat
melalui ProKAM.
·
Kedua, ProKAM bersama Anak-anak Yatim yang
ketika itu dijayakan bersama Madrasah Darul Aitam.
·
Ketiga, ProKAM bersama Sekolah Tunas Bakti
(STB). STB ketika itu menjadi rebutan para fasilitator kerana semua tahu bahawa
peluang untuk ‘menembusi’ STB bukan senang untuk diperolehi. Maka semua berebut
untuk terpilih ke STB.
·
Keempat, ProKAM bersama Pelajar Harapan Lulus
(HALUS).
Istimewanya ProKAM
Setiap program di dalam ProKAM
mempunyai organisasi pengurusannya tersendiri. Bermakna, selain daripada HICOM,
ProKAM juga mempunyai Pengarah Bersama, Penolong Pengarah Bersama, Setiausaha
dan Bendahari termasuklah AJK-AJK kecil untuk setiap program di bawah ProKAM.
ProKAM digerakkan oleh satu komuniti yang besar dan membolehkan ianya bergerak
laju dan sistematik. Kesemua orang-orang penting ProKAM 2010 merasai pengalaman
bermesyuarat secara rasmi di pejabat kerajaan.
Oleh kerana kepadatan pengisian
yang hendak dimuatkan ke dalam ProKAM, maka dengan itu ProKAM menjadi satu
program berskala besar yang dijalankan dalam tempoh lebih kurang satu(1) bulan.
Apabila sesuatu program itu berskala besar, jumlah penglibatan juga besar
khususnya dari sudut peserta yang berbeza latar belakang, secara tidak langsung
ia memakan belanja yang besar juga.
Cukupkah bajet UPG ketika itu?
Tidakkah ‘kewujudan’ ProKAM mengganggu-gugat perancangan belanjawan UPG
seluruhnya?
Alhamdulillah, semuanya Allah swt
permudahkan. Itulah yang ProKAM 2010 alami. Sebahagian besar daripada
perbelanjaan ProKAM ditaja dan dibiayai oleh jabatan-jabatan yang terlibat.
Highlight Kejayaan ProKAM
2010
· \ProKAM 2010 berjaya dijalankan dengan usahasama
banyak pihak. Antaranya; Bahagian Pekerja & Pelajar Antarabangsa (BPPA),
Bahagian Rumahku Syurgaku (RKSK), Jabatan Belia & Sukan (JBS), MBMB,
Southern West, STB, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pelajaran
Negeri Melaka (JPNM), Saudara Haidhir (Master Trainer) dan pihak STAD, MMU
Melaka sendiri.
·
Berpeluang ke udara di Radio Melaka;
·
Berpeluang direncanakan di dalam Surat Khabar
tempatan;
·
Dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka
sendiri;
·
Mencatat sejarah UPG menggondol 3 anugerah
ketika MMU Awards 2010;
·
ProKAM juga menjadi satu kebangkitan kepada UPG
khususnya Faciteam itu sendiri.
ProKAM - Satu kebangkitan
ProKAM - Satu kebangkitan untuk
UPG, satu kejayaan yang dikongsi-raikan bersama, satu bukti betapa ukhuwah
mencetus kejayaan sesuatu usaha. Tanpa kerjasama semua pihak, ProKAM tidak
mungkin dapat dijayakan, apatah lagi menjadi program tahunan UPG sehingga tahun
2013 ini.
Akhir bicara, Semoga ProKAM 2013
terus mantap dan berjaya mencapai objektif. Bersyukurlah kita menjadi di antara
yang terpilih untuk menggerakkan program-program kebajikan seumpama ini dalam keadaan
kebanyakan manusia masih lalai dan leka menghirup nikmatnya dunia yang
sementara. Semoga Allah swt redha dengan segala usaha kita. Terima kasih Allah
swt atas segala nikmatNya.
Mantan
Pengarah ProKAM 2010,
Mantan
Presiden UPG 2009/2010.
0 comments: