12 March 2013

Perubahan

Assalamualaikum w.b.t

Di sini saya ingin memaklumkan bahawa terdapat beberapa perubahan dalam ProKAM 4 iaitu pada ProKAM Kem Induksi, ProKAM Siri Pertama dan juga ProKAM Siri Kedua. Berikut adalah butiran terbaru:


ProKAM Kem Induksi Fasilitator
        Tarikh                     : 15, 16 dan 17 Mac 2013        
        Hari                         : Jumaat, Sabtu dan Ahad        
        Tempat                    : Taman Negeri Melaka, Hutan Simpanan Kekal Bukit Sedandan, Selandar, Melaka        
        Bilangan peserta     : 60 pelajar MMU                                         
                                           10 orang pelatih                                         
                                           10 orang komiti

ProKAM Siri Pertama: Keprihatinan bersama belia
        Tarikh                     : 22, 23 dan 24 Mac 2013        
        Hari                         : Jumaat, Sabtu dan Ahad        
       Tempat                    : Melaka Tropical Fruit Farm, Sg. Udang, Melaka        
       Bilangan peserta     : 60 pelajar dari kolej komuniti                                           
                                          10 wakil dari persatuan belia                                           
                                          20 orang fasilitator                                           
                                          10 orang komiti
ProKAM Siri Kedua: Kepimpinan bersama pelajar sekolah menengah
        Tarikh                     : 5, 6 dan 7 April 2013        
         Hari                         : Jumaat, Sabtu dan Ahad        
         Tempat                    : Anjung Tasik Training Centre, Durian Tunggal, Melaka        
         Bilangan peserta     : 50 pelajar sekolah menengah                                           
                                             10 orang fasilitator                                           
                                            10 orang komiti
ProKAM Siri Ketiga: Kebajikan bersama kanak kanak autisme
         Tarikh                    : 13 April 2013        
         Hari                        : Sabtu dan Ahad         
         Tempat                   : Rumah Bestari Melaka, Peringgit         
         Bilangan peserta    : 40 kanak-kanak autisme                                            
                                            20 orang fasilitator                                            
                                            10 orang komiti
Majlis Perasmian Penutup ProKAM 4
          Tarikh                   : 13 April 2013          
         Tempat                  : Main Hall, Multimedia University (Kampus Melaka)


Sebarang kesulitan amat dikesali. 


Pengarah

0 comments:

5 March 2013

Sejarah ProKAM 1, oleh Fateen Najlaa Idayu Binti Mohamad Nor


Dengan nama Allah swt yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Saya diminta oleh Pengarah ProKAM 4 untuk menulis serba-sedikit tentang ProKAM edisi pertama yang dijalankan oleh saya dan sahabat-sahabat perjuangan pada tahun 2010. Sejujurnya, banyak ‘revision’ yang perlu saya lakukan sebelum kembali menulis dan menunaikan permintaan ini. Semoga penulisan kali ini bermanfaat.

Sejarah Tercetusnya Idea ProKAM

Sejarah penubuhan idea ProKAM sangat istimewa pada saya. Sebenarnya, program-program pengisian di dalam ProKAM itu sendiri bukanlah idea baru untuk UPG. Ianya sekadar dibarukan dari segi ‘branding’ yang baru sekaligus membawa pengenalan kepada sistem pengurusan program yang lebih jelas matlamat, teratur dan berskala besar, berbeza daripada program-program UPG sebelumnya.
Sebelum kewujudan ProKAM, UPG telah biasa menjalankan program-program kebajikan seperti program kebajikan bersama anak-anak yatim, motivasi bersama pelajar juvana (khususnya STB), motivasi bersama pelajar sekolah serta program-program kemasyarakatan yang lain. Namun, kebanyakan program yang dijalankan ini tidaklah berskala besar. Cukup sekadar program satu atau dua hari.
Tercetusnya idea saya untuk melahirkan satu program ‘baru’ adalah apabila saya melihat wujud peluang untuk bekerjasama dengan pihak Jabatan Kerajaan Negeri Melaka hasil hubungan baik yang wujud antara pihak UPG dan pihak kerajaan negeri Melaka ketika itu.

Belakang Tabir ProKAM 2010

Perancangan, penyusunan idea serta persediaan kertas kerja awalan hanya melibatkan tiga(3) individu iaitu saya (ketika itu President UPG), Saudara Shahmi (ketika itu Vice President 1) serta Saudari Nadia Aminah (ketika itu Setiausaha 1). Saya sekadar membentangkan idea perancangan saya kepada mereka secara am. Selebihnya, mereka yang mencantikkan semuanya. Ketika itu, saya tiada idea apakah nama program yang sesuai, seberapa besar penglibatan pelajar MMU yang boleh diperolehi, juga kurang jelas dari sudut bajet kewangan yang diperlukan. Cuma, dari pandangan saya, saya yakin ianya boleh realisasikan.

Mengapa dan Kenapa?

Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa penglibatan dalam persiapan kertas kerja hanya melibatkan kami bertiga, bukan? Kenapa mesti Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan juga yang terlibat? Tiada wakil lain kah? Atau kami gila kuasa? Atau kami tidak percayakan orang lain?
Saya punyai jawapan kepada tiap-tiap persoalan di atas. Secara ringkasnya:
·         Ketika itu, UPG telah pun mempunyai Masterplan yang menyenaraikan program-program yang akan dijalankan UPG untuk sesi 2009/2010 dan masing-masing sedang berusaha merealisasikan setiap program yang dirancangkan.  Justeru saya mengambil keputusan untuk tidak membebankan mana-mana division dengan penambahan program yang ‘tiba-tiba’ wujud ini (ProKAM tidak wujud ketika perbincangan dan pembentangan Masterplan).
·         Saya melantik Saudara Shahmi sebagai Penolong Pengarah, sesuai dengan port-folio beliau ketika itu sebagai VP1 yang menguruskan perihal Faciteam manakala Saudari Nadia juga saya lantik sebagai Setiausaha Program agar mudah saya menguruskan program ini sekaligus menguruskan UPG dalam masa sama. Bendahari ProKAM, Saudari Zawani juga merupakan Bendahari UPG ketika itu.
·         Pengurusan UPG secara keseluruhan berjalan seiring dengan pengurusan ProKAM pada waktu itu. Jelas, ini bukan soal gila kuasa atau tidak percayakan orang lain, tetapi ia semata-mata untuk kelancaran program dan kebaikan persatuan seluruhnya.
Jujur, ianya bukan sesuatu yang mudah untuk kami tetapi keserasian dan kesepakatan kami dalam bekerja melancarkan semuanya.

Nama ‘ProKAM’ - Ilham Siapa?

Nama ‘Program Kecemerlangan Anak-anak Melaka’ itu sendiri diilhamkan oleh Saudara Shahmi dan Saudari Nadia, dan seingat saya, ‘ProKAM’ itu sendiri diilhamkan oleh Saudari Nadia. Seperti yang saya katakan di atas, saya sekadar punyai idea secara am dan membentangkannya, dan dalam kebanyakan waktu saya percaya bahawa idea-idea mereka memantapkan semuanya kerana mereka lebih banyak pengalaman dalam berprogram ketika itu berbanding diri saya.

Program-program di bawah ProKAM

ProKAM ketika itu mempunyai 4 pengisian program di dalamnya:
·         Pertama, Program Induksi Fasilitator, yang dirangka untuk memberikan asas kefasilitatoran yang baik kepada pelajar-pelajar MMU yang secara sukarela ingin menyumbang tenaga dan bakti kepada masyarakat melalui ProKAM.
·         Kedua, ProKAM bersama Anak-anak Yatim yang ketika itu dijayakan bersama Madrasah Darul Aitam.
·         Ketiga, ProKAM bersama Sekolah Tunas Bakti (STB). STB ketika itu menjadi rebutan para fasilitator kerana semua tahu bahawa peluang untuk ‘menembusi’ STB bukan senang untuk diperolehi. Maka semua berebut untuk terpilih ke STB.
·         Keempat, ProKAM bersama Pelajar Harapan Lulus (HALUS).

Istimewanya ProKAM

Setiap program di dalam ProKAM mempunyai organisasi pengurusannya tersendiri. Bermakna, selain daripada HICOM, ProKAM juga mempunyai Pengarah Bersama, Penolong Pengarah Bersama, Setiausaha dan Bendahari termasuklah AJK-AJK kecil untuk setiap program di bawah ProKAM. ProKAM digerakkan oleh satu komuniti yang besar dan membolehkan ianya bergerak laju dan sistematik. Kesemua orang-orang penting ProKAM 2010 merasai pengalaman bermesyuarat secara rasmi di pejabat kerajaan.
Oleh kerana kepadatan pengisian yang hendak dimuatkan ke dalam ProKAM, maka dengan itu ProKAM menjadi satu program berskala besar yang dijalankan dalam tempoh lebih kurang satu(1) bulan. Apabila sesuatu program itu berskala besar, jumlah penglibatan juga besar khususnya dari sudut peserta yang berbeza latar belakang, secara tidak langsung ia memakan belanja yang besar juga.
Cukupkah bajet UPG ketika itu? Tidakkah ‘kewujudan’ ProKAM mengganggu-gugat perancangan belanjawan UPG seluruhnya?
Alhamdulillah, semuanya Allah swt permudahkan. Itulah yang ProKAM 2010 alami. Sebahagian besar daripada perbelanjaan ProKAM ditaja dan dibiayai oleh jabatan-jabatan yang terlibat.

Highlight Kejayaan ProKAM 2010

·       \ProKAM 2010 berjaya dijalankan dengan usahasama banyak pihak. Antaranya; Bahagian Pekerja & Pelajar Antarabangsa (BPPA), Bahagian Rumahku Syurgaku (RKSK), Jabatan Belia & Sukan (JBS), MBMB, Southern West, STB, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pelajaran Negeri Melaka (JPNM), Saudara Haidhir (Master Trainer) dan pihak STAD, MMU Melaka sendiri.
·         Berpeluang ke udara di Radio Melaka;
·         Berpeluang direncanakan di dalam Surat Khabar tempatan;
·         Dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka sendiri;
·         Mencatat sejarah UPG menggondol 3 anugerah ketika MMU Awards 2010;
·         ProKAM juga menjadi satu kebangkitan kepada UPG khususnya Faciteam itu sendiri.

ProKAM - Satu kebangkitan

ProKAM - Satu kebangkitan untuk UPG, satu kejayaan yang dikongsi-raikan bersama, satu bukti betapa ukhuwah mencetus kejayaan sesuatu usaha. Tanpa kerjasama semua pihak, ProKAM tidak mungkin dapat dijayakan, apatah lagi menjadi program tahunan UPG sehingga tahun 2013 ini.
Akhir bicara, Semoga ProKAM 2013 terus mantap dan berjaya mencapai objektif. Bersyukurlah kita menjadi di antara yang terpilih untuk menggerakkan program-program kebajikan seumpama ini dalam keadaan kebanyakan manusia masih lalai dan leka menghirup nikmatnya dunia yang sementara. Semoga Allah swt redha dengan segala usaha kita. Terima kasih Allah swt atas segala nikmatNya.

“Ini Dakwah Cara Kita”



Fateen Najlaa Idayu Binti Mohamad Nor
Mantan Pengarah ProKAM 2010,
Mantan Presiden UPG 2009/2010.


0 comments:

25 February 2013

Selamat Datang ke Blog Rasmi Program Kecemerlangan Anak Melaka !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setelah beberapa siri Program Kecemerlangan Anak Melaka (ProKAM), akhirnya blog rasmi ini telah berjaya diwujudkan. Selain memenuhi permintaan ramai, blog ini juga merupakan inisiatif khusus untuk memberikan gambaran keseluruhan tentang ProKAM. Dengan wujudnya blog ini, sesiapa sahaja boleh mengakses dan mendapatkan maklumat tentang segala aktiviti yang dijalankan semasa ProKAM.

Di dalam blog ini juga akan dimuatkan segala info dan pemberitahuan mengenai ProKAM. Malahan, gambar-gambar sepanjang pelaksaanan ProKAM juga bakal dimuat naik ke dalam blog ini untuk tatapan anda. Oleh itu, sekiranya anda terlepas untuk mengikuti perkembangan beberapa siri ProKAM sebelum ini, anda berpeluang untuk melihatnya menerusi blog ini.

Diharapkan dengan adanya blog rasmi ini, akan memberikan gambaran kepada mereka yang masih belum mengenali ProKAM. Jangan lupa untuk 'share' tentang blog ini ya!

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengah ke blog ini. Jumpa anda di ProKAM 4!


Aminurafiuddin bin Zulkifli
Pengarah
Program Kecemerlangan Anak Melaka 4 (ProKAM 4)

0 comments:

Blogger Template by Clairvo